Tuesday 8 November 2011

NOTA PANTAS TAJUK HANGAT SENGOTI

NOTA HANGAT SENGOTI

Tak dak nota nak ngaji ?
Jangan bimbang ... Abezek sudah tau...
Abezek beri nota untuk sapa-sapa yang tak dak gapo satu untuk buat ‘preparation’ bagi menghadapi peperiksaan Sejarah Kertas 2 beberapa hari lagi. Baca dan hafal sungguh-sungguh, pasti sempat lagi !  Tengoklah nota hak Abezek bagi ni, kalu boleh guna ambiklah ... PERCUMA. Moga-moga jariah ini, Abezek dapat ganjaran daripadaNya seksak. InsyaAllah...



TAMADUN INDUST


Nama bandar terancang di Lembah Indus

  • Mahenjo Daro
  • Harappa


Ciri bandar terancang

  • Mempunyai dua bahagian
  • Mempunyai pusat pentadbiran
  • Mempunyai pusat petempatan
  • Mempunyai sistem kumbahan
  • Mempunyai tembok
  • Mempunyai jalan raya
  • Mempunyai susunan teratur
  • Disusun secara blok

Sebab berjaya membina bandar terancang

  • Menguasai ilmu matematik
  • Menguasai ilmu geometri
  • Menguasai ilmu seni bina
  • Memiliki kemahiran membuat batu-bata
  • Memiliki kemahiran dalam pembinaan
  • Memiliki kemahiran menyusun atur
  • Meniru teknologi tamadun lain
  • Meniru unsur seni bina tamadun lain
  • Meniru budaya kerja tamadun lain


Fungsi bandar terancang

  • Pusat pentadbiran
  • Pusat petempatan
  • Pusat perdagangan
  • Pusat kegiatan sosial
  • Pusat pengumpul hasil pertanian
  • Pusat ibadat
  • Tempat tinggal pemerintah
  • Pelabuhan


Nilai yang boleh dicontohi daripada kejayaan membina bandar terancang

  • Menguasai ilmu
  • Menguasai kemahiran
  • Bersikap terbuka
  • Mengambil unsur baik tamadun lain
  • Bersungguh-sungguh
  • Kreatif dan inovatif
  • Mana-mana munasabah


Susun lapis masyarakat Lembah Indus

  • Terbahagi kepada dua golongan
  • Terdapat golongan atasan dan bawahan
  • Golongan atasan : Pendeta & Pedagang
  • Pendeta mengetuai pemerintahan
  • Pedagang menjalankan perdagangan
  • Golongan bawahan : petani & buruh
  • Petani menjalankan pertanian
  • Buruh menjalankan kerja perburuhan


Sebab golongan bawahan taat kepada Pendeta

  • Pendeta alim dalam agama
  • Pendeta menjalankan urusan agama
  • Pendeta menjaga urusan agama
  • Pendeta mengetuai pemerintahan
  • Pendeta mempunyai pengaruh
  • Pendeta mempunyai kesaktian

Sumbangan Tamadun Indus

  • Mengeksploitasi persekitaran
  • Membina bandar terancang
  • Meningkatkan mutu batu-bata
  • Mementingkan kedamaian
  • Bersikap terbuka
  • Menerima unsur budaya lain
  • Mementingkan ilmu pengetahuan



PENGARUH ISLAM TERHADAP
PENDIDIKAN FORMAL MASY MELAYU


Maksud pendidikan formal

  • Diperolehi secara lansung
  • Diajar oleh guru
  • Diperolehi di institusi pendidikan


Perubahan yang dibawa oleh Islam dalam pendidikan formal

  • Belajar tentang agama Islam
  • Diajar oleh ulama
  • Mendapat pendidikan di istana, masjid, pondok, madrasah dan rumah tok guru
  • Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
  • Dibuka kepada lelaki dan perempuan
  • Menuntut ilmu adalah satu kewajipan


Institusi pendidikan formal

  • Istana
  • Masjid
  • Pondok
  • Madrasah
  • Rumah tok guru


Fungsi istana sbg pusat pendidikan formal

·         Tempat mengaji agama
·         Tempat ulama mengajar agama
·         Tempat ulama bertemu dan berbincang.
·         Tempat mengembangkan ilmu tasawuf
·         Tempat menyimpan buku-buku hikayat
·         Tempat belajar ilmu politik dan pentadbiran


Pondok di Tanah Melayu

  • Pondok Kutan
  • Pondok Pulai Chondong
  • Pondok Pulau Manis
  • Pondok Langga
  • Pondok Titi Gajah


Ciri sistem pondok

·         Menekankan ilmu agama
·         Bertujuan melahirkan guru agama
·         Bertujuan menyediakan individu yang boleh berkhidmat kepada masyarakat

·         Tiada batasan waktu belajar

  • Tiada had umur
  • Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian


Pelaksanaan sistem madrasah

  • Menggunakan sukatan pelajaran
  • Dijalankan secara kelas
  • Dilaksanakan mengikut tahap (permulaan, pertengahan dan pengkhususan)
  • Diawasi oleh mudir (guru besar)
  • Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.


Langkah memantapkan sistem pondok

  • Menggunakan sukatan pelajaran
  • Belajar secara kelas
  • Khidmat guru yang bertauliah
  • Ada peperiksaan
  • Lulusan pondok berpeluang ke universiti
  • Adakan asrama menggantikan pondok


KERAJAAN BANI UMAIYAH


Pengasasan kerajaan Bani Umaiyah

  • Diasaskan Muawiyah bin Abu Sufian
  • Menerima penyerahan kuasa daripada Hasan bin Ali
  • Pemerintahan tahap pertama berpusat di Damsyik
  • Pemerintah memakai gelaran Khalifah
  • Pemerintahan tahap kedua diasaskan Abdul Rahman al-Dakhil.
  • Pemerintahan tahap kedua berpusat di Cordova, Sepanyol.
  • Pemimpinnya memakai gelaran Amir.

Pembaharuan dalam pemerintahan dan pentadbiran
               
          WAKTU HIJABAH

  • Wa       Memperkenalkan sistem wazarah
                  (Wazir & Gabenor)
  • K          Memperkenalkan sistem khalifah
                  (secara warisan)
  • T          Memperkemaskan sistem tentera
                  (Diwanul Jundi, tentera laut & tentera darat)
  • U          Memperkenalkan sistem urusetia
                  (lantik pegawai)
  • Hi         Memperkenalkan sistem hijabah
                  (kawal keselamatan khalifah)
  • Ja        Menubuhkan jabatan
                  (Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Cop  Mohor Pemerintah)
  • Ba        Menubuhkan bahagian
                  (Bahagian Surat Menyurat, Bahagian Cukai, Bahagian                              Tentera, Bahagian Polis, Bahagian Kehakiman)
  • H          Memperkemaskan kehakiman
                  (Menggunakan ijtihad berpandukan al-Quran, sunnah                                dan ijmak, hakim mesti adil, hakim mesti bebas)





Langkah memperkemaskan sistem kehakiman

  • Hukuman berdasarkan ijtihad.
  • Ijtihad berpandukan al-Quran, Sunnah atau ijmak.
  • Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak.
  • Hakim mestilah bebas daripada mana-mana pengaruh.
  • Hakim tidak boleh terlibat dalam  politik.
  • Hakim hendaklah bersifat adil


Sumbangan dalam bidang sosial & keilmuan

  • Menubuhkan hospital
  • Menubuhkan hospital kusta
  • Meningkatkan seni bina Islam
  • Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi
  • Memperkenal baris dlm tulisan al-Quran
  • Berkembangnya cabang ilmu Islam
  • Berkembangnya ilmu kimia & astronomi
  • Lahirnya ilmuan Islam
  • Menubuhkan pusat pengajian tinggi
  • Membina perpustakaan
  • Cordova menjadi pusat keilmuan
  • Cordova menjadi pusat penterjemahan
  • Menterjemahkan karya Yunani
  • Memelihara ilmu Eropah drp lenyap


Pencapaian dalam bidang ekonomi

  • Menubuhkan Baitulmal.
  • Mewujudkan sistem kewangan Islam
       kharaj, jizyah, zakat, usyur ,  ghanimah
  • Menguasai perdagangan antarabangsa
  • Cordova menjadi pelabuhan entreport
  • Berkembangnya perusahaan tembikar, perhiasan, kulit dan membuat senjata.
  • Kemajuan dalam sektor pertanian.
  • Membina sistem saliran
  • Menjalankan penyelidikan benih



PENGGUNAAN TENAGA BURUH LUAR


Faktor kedatangan buruh Cina dan India

  • Kesulitan hidup di negara asal
  • Kepesatan sektor pertanian komersil dan perlombongan.
  • Banyak peluang pekerjaan
  • Keperluan tenaga buruh di TM
  • Galakan pihak British
  • Tidak ditentang oleh orang Melayu.
  • Wujudnya hubungan tradisi antara India dan China dengan Tanah Melayu
  • Kestabilan politik di Tanah Melayu


Cara kemasukan buruh Cina dan India

Sistem Tiket Kredit
  • Sin Kheh dikumpul oleh Kheh Tau
  • Kheh Tau serah kpd nakhoda kapal
  • Sin Kheh buat perjanjian dgn nakhoda
  • Sin Kheh dibekalkan tiket
  • Nakhoda serah buruh kepada pemborong buruh di Tanah Melayu
  • Pemborong buruh carikan majikan

Sistem Pengambilan Kakitangan
  • Majikan hantar pegawainya ke China
  • Pegawai cari buruh
  • Tambang dibiayai majikan
  • Pegawai iring buruh ke Tanah Melayu
  • Buruh buat perjanjian dengan majikan
  • Buruh bekerja hingga hutangnya jelas

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
  • Rumah kongsi lantik wakilnya di China
  • Wakil rumah kongsi cari buruh
  • Wakil rumah kongsi biayai tambang
  • Wakil rumah kongsi iring buruh ke TM
  • Wakil serah buruh kpd rumah kongsi
  • Rumah kongsi carikan kerja

Sistem Bebas
  • Datang sendiri
  • Menggunakan biaya sendiri
  • Bebas memilih kerja

Sistem Kontrak
  • Dibawa oleh majikan
  • Biaya ditanggung oleh majikan
  • Perbelanjaan dikira hutang
  • Buruh diikat dengan kontrak
  • Terpaksa bekerja dengan majikan
  • Dibayar gaji murah
  • Bekerja hingga jelas hutang

Sistem Kangani
  • Majikan beri lesen kpd kangani
  • Kangani pulang ke India cari buruh
  • Perbelanjaan ditanggung oleh kangani
  • Kangani iring buruh ke Tanah Melayu
  • Buruh diserah kepada majikan
  • Kangani dibayar komisyen

Kesan peningkatan imigran Cina dan India

  • Berkembangnya sektor perlombongan dan perladangan
  • Terbentuknya masyarakat majmuk
  • Wujud petempatan berasaskan kaum
  • Wujud pekerjaan berasaskan kaum        
  • Penggunaan bahasa yang berbeza
  • Tidak terdapat interaksi antara kaum
  • Tidak ada perpaduan antara kaum
  • Wujud pendidikan vernakular


Langkah mengurangkan kemasukan buruh asing ke negara kita

  • Adakan kawalan di sempadan
  • Bayaran levi yang tinggi
  • Tidak mengeluarkan permit kerja
  • Denda jika majikan guna buruh asing tanpa permit
  • Hantar pulang buruh asing
  • Guna khidmat buruh tempatan




BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA


Ciri birokrasi Barat di Asia Tenggara

·         Mempunyai kerajaan pusat
·         Diketuai oleh Gabenor Jeneral
·         Mempunyai biro / jabatan
·         Biro diketuai oleh pegawai Barat
·         Undang-undang Barat diguna pakai.


Sistem pemerintahan tradisional di IndoChina

·         Mengamalkan pemerintahan beraja
·         Raja mengetuai kerajaan
·         Raja berkuasa mutlak
·         Raja menjadi ketua pentadbiran, ketua agama, ketua hakim dsb.
·         Raja dibantu pembesar pusat
·         Pembesar tempatan diberi kuasa mentadbir daerah
·         Meniru pentadbiran Tanah Besar China
·         Pegawai terdiri drp golongan Mandarin
·         Pegawai dipilih melalui peperiksaan


Pentadbiran Union Indochinoise

·         Menubuhkan kerajaan pusat (Union Indochinoise)
·         Melantik Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran pusat
·         Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor, Residen Jeneral dan Residen Wilayah.
·         Menggunakan undang-undang Perancis
·         Undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis.


Konsep sistem encomienda

  • Menggabungkan barangay menjadi encomienda
  • Diketuai encomiendero


Tugas encomiendero

  • Memungut cukai
  • Menjaga keamanan encomienda
  • Mengkristiankan penduduk


Sebab sistem encomienda dibenci

  • Penduduk dijadikan buruh paksa
  • Penduduk dijadikan tentera kerahan
  • Penduduk dikenakan cukai tinggi
  • Penduduk dipaksa memeluk Kristian


Kesan birokrasi

  • Raja telah hilang kuasa.
  • Raja menerima penasihat Barat
  • Pembesar tempatan hilang pengaruh
  • Jawatan pembesar tradisional dihapuskan.
  • Pengenalan pentadbiran Barat
  • Wujudnya Kerajaan Pusat
  • Gabenor Jeneral menjadi ketua
·         Pentadbiran dijalankan melalui biro
·         Pegawai-pegawai Barat dilantik sebagai ketua biro
·         Jabatan kerajaan ditubuhkan.
·         Undang-undang Barat diperkenalkan
·         Rakyat dijadikan buruh paksa & tentera kerahan
·         Sumber ekonomi dibolot oleh penjajah




NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


Maksud nasionalisme

·         Perasaan cinta akan negara
·         Gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan politik dan ekonomi
·         Gerakan mempertahankan tanah air daripada pengaruh kebudayaan luar


Faktor kebangkitan nasionalisme

  • Dasar pentadbiran penjajah
  • Dasar ekonomi penjajah
  • Dasar sosial penjajah
  • Pengaruh agama
  • Karya-karya kesusasteraan
  • Sistem pendidikan
  • Kemunculan golongan intelektual
  • Pengaruh media massa
  • Sistem pengangkutan dan perhubungan
  • Pengaruh luar

Ciri nasionalisme tahap pertama

  • Berlaku di tempat tertentu sahaja
  • Tiada organisasi
  • Dipimpin oleh golongan agama
  • Gerakan bersifat sederhana
  • Membangkitkan isu kebudayaan
  • Memperjuangkan hak peribumi dan taraf hidup rakyat

Ciri nasionalisme tahap kedua

  • Berlaku di seluruh negara
  • Mempunyai organisasi
  • Dipimpin oleh ahli politik
  • Pemimpin mendapat pendidikan Barat
  • Gerakan bersifat radikal
  • Membangkitkan isu politik
  • Memperjuangkan kemerdekaan
  • Bertujuan memerintah sendiri


Peranan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina

·         Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
·         Menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol.
·         Menubuhkan Liga Filipina.
·         Mendesak Sepanyol buat pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.


Matlamat perjuangan Jose Rizal

·         Menjadikan Filipina sebagai wilayah Sepanyol
·         Mendapatkan hak bangsa Filipina sama dengan bangsa Sepanyol
·         Mendesak Sepanyol membuat pembaharuan politik, ekonomi & sosial


Usaha Andres Bonifacio dalam gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina

·         Menubuhkan parti Katipunan
·         Menuntut kemerdekaan
·         Menerbitkan akhbar Kalayan
·         Menyebarkan fahaman revolusi
·         Melancarkan revolusi bersenjata


Langkah yang dilakukan oleh Emilio Aguinaldo ke arah kemerdekaan Filipina

·         Menjatuhkan hukuman mati ke atas Andres Bonifacio
·         Membantu Amerika mengusir Sepanyol
·         Mengisytiharkan kemerdekaan tetapi dibatalkan oleh Amerika Syarikat
·         Melancarkan revolusi terhadap Amerika
·         Menuntut kemerdekaan daripada Amerika melalui undang-undang


Karya Raden Adjeng Kartini

·         Habis Gelap Terbitlah Terang
·         Penulisan Seorang Puteri Jawa


Peranan Raden Adjeng Kartini

·         Memajukan pendidikan
·         Menghasilkan karya “Habis Gelap Terbitlah Terang” dan  “Penulisan Seorang Puteri Jawa”.
·         Mendedahkan kemunduran rakyat
·         Mendedahkan penindasan Belanda
·         Memberi ilham menubuhkan Pertubuhan Muhammadiyah


Matlamat penubuhan Muhammadiyah

·         Menyebarkan Islam sebenar
·         Menghindari ancaman sekularisme
·         Membendung penyebaran Kristian


Parti politik dalam gerakan nasionalisme tahap kedua di Indonesia

·         Sarekat Islam (SI)
·         Parti Komunis Indonesia (PKI)
·         Parti Nasional Indonesia (PNI)


Langkah Belanda menghalang gerakan radikal di Indonesia

·         Menangkap pemimpin radikal
  • Mengharamkan parti politik radikal


Faktor mencetuskan Revolusi Thai 1932

·         Tidak suka akan pemerintahan raja berkuasa mutlak
·         Kerabat diraja membolot kuasa politik
·         Sikap raja yang boros.


Kesan Revolusi Thai

·         Tamatnya sistem beraja mutlak
·         Pengenalan sistem raja berperlembagaan


Faktor kebangkitan nasionalisme tahap kedua di Thailand

·         Ekonomi Thai dikuasai kapitalis Barat
·         Ekonomi Thai dikuasai orang Cina
·         Penyebaran kebudayaan Cina


Usaha Phibul Songram menyekat orang Cina daripada menguasai ekonomi dan menyebarkan kebudayaannya

·         Meluluskan undang-undang menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi
·         Menamatkan penerbitan akhbar Cina
·         Membubarkan sekolah Cina
·         Menukarkan nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas)
·         Pegawai kerajaan mesti beragama Buddha


Sebab nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara Asia Tenggara yang lain

·         Tidak menuntut kemerdekaan
·         Mengubah sistem beraja mutlak
·         Bukan antipenjajah
·         Tidak menggulingkan raja
·         Tidak merampas kuasa
·         Menyekat penguasaan golongan kapitalis dan Cina dalam ekonomi
·         Menyekat penyebaran kebudayaan Cina
·         Bertujuan mengekalkan kemerdekaan




GERAKAN ISLAH


Maksud gerakan Islah

  • Gerakan membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam
  • Dipelopori oleh golongan berpendidikan Islam di Timur Tengah
  • Gerakan Kaum Muda


Tokoh Kaum Muda

  • Sheikh Tahir Jalaluddin
  • Syed Sheikh al-Hadi
  • Dr. Burhanuddin al-Helmy          


Media yang diterbitkan oleh Kaum Muda

·         Al - Imam
·         Neraca
·         Idaran Zaman
·         Pengasuh


Matlamat perjuangan Kaum Muda

  • Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
  • Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu
  • Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam
  • Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak memajukan orang Melayu


Cabaran yang dihadapi Kaum Muda

  • Masyarakat dipengaruhi Kaum Tua
  • Undang-undang menghalang pengaruh Kaum Muda
  • Kegiatan dakwah tidak dibenarkan tanpa keizinan Sultan
  • Buku dan risalah Kaum Muda tidak boleh dibawa masuk ke negeri itu

Tujuan Kaum Muda menubuhkan madrasah

·         Untuk menyampaikan pendidikan Islam
·         Memberi pendidikan dunia dan akhirat
·         Memberi peluang kepada wanita mendapat pendidikan
  • Membendung tekanan British
  • Membendung tekanan Kaum Tua




NASIONALISME PERSATUAN MELAYU


Matlamat penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ?

·         Mendesak British melantik wakil orang Melayu pentadbiran British
·         Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu Singapura
·         Memperoleh kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura


Peranan Mohammad Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

·         Wakil KMS dalam pentadbiran British
·         Wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
·         Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu Singapura
·         Memperoleh kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura
·         Mendorong penubuhan cawangan KMS


Tujuan penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

·         Menggalakkan ahli berkenal-kenal
·         Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa
·         Menggalakkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu


Kegiatan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bersifat politik.

·         Membantu Jepun menghalau British dari Tanah Melayu
·         KMM menjadi badan propoganda Jepun
·         Membeli Warta Malaya
·         Warta Malaya menyebarkan propoganda anti-British
·         Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
·         Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif
·         Menubuhkan tentera semut


Kepentingan kongres Melayu pada tahun 1939 dan 1940

·         Membangkitkan kesedaran kebangsaan orang Melayu
·         Membincangkan kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan
·         Mendedahkan layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran kerajaan
·         Persatuan dianggotai intelek Melayu
·         Persatuan disokong oleh akhbar Melayu
·         Mewujudkan perpaduan orang Melayu
·         Mengatasi perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu
  • Menunjukkan kesepakatan orang Melayu dalam gerakan nasionalisme




MALAYAN UNION


Faktor pengenalan Malayan Union

  • Menghapuskan negara bangsa Melayu
  • Melenyapkan kerajaan warisan Kesultanan Melayu Melayu
  • Melicinkan pentadbiran
  • Menjimatkan kos pentadbiran
  • Menseimbangkan kemajuan negeri
  • Membentuk bangsa Malayan Union
  • Memupuk taat setia imigran
  • Memajukan ekonomi Tanah Melayu
  • Mengurangkan kuasa politik org Melayu

Syarat Perjanjian Malayan Union

·         Kerajaan pusat dibentuk
·         Negeri Melayu Bersekutu (NMB), Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) dan 2 Negeri Selat disatukan
·         Diketuai oleh Gabenor Malayan Union
·         Majlis Eksekutuf & Majlis Undangan dibentuk utk menjalankan pentadbiran
·         Pentadbiran dirujuk ke Pejabat Tanah Jajahan di London
·         Singapura tidak dimasukkan dlm MU
·         Kewarganegaraan secara jus soli
            Lahir di Tanah Melayu dan Singapura
            Bermastautin di TM selama 10 tahun
            Anak kpd warganegara Malayan Union
            Rakyat British drp tanah jajahannya
·         Raja hanya jadi ahli Majlis Raja-Raja
·         Pesuruhjaya Tinggi dilantik di setiap negeri

Sebab menentang Malayan Union

·         Harold MacMichael mengugut raja
·         Raja dipaksa menerima Malayan Union
·         Raja tidak berpeluang berunding
·         Masa tidak sesuai adakan perubahan
·         Kuasa raja Melayu terhakis
·         Tanah Melayu menjadi tanah jajahan
·         Menentang kerakyatan jus soli
·         Status quo orang Melayu akan hilang
·         Orang Melayu akan mundur

Cara penentangan terhadap Malayan Union

·         Menulis bantahan dalam akhbar
·         Adakan demonstrasi secara aman
·         Berkumpul bersama raja di Kuala Kangsar menyatakan bantahan
·         Menghidupkan semula pertubuhan Melayu
·         Menubuhkan UMO (United Malays Organization)
·         Mengadakan Kongres Melayu Pertama
·         Menubuhkan UMNO
·         Mengadakan Kongres Kedua
·         Mengadakan rapat umum
·         Minta sokongan pegawai British


Faktor kejayaan bantahan terhadap MU

  • Perpaduan orang Melayu
  • Pemimpin berwibawa
  • Bangkit bersama di seluruh negara
  • Ketegasan orang Melayu
  • Sokongan raja Melayu
  • Sokongan bekas pegawai British
  • Kaedah secara rundingan


Kesan bantahan terhadap Malayan Union

·         Berjaya menyatukan orang Melayu
·         Orang Melayu pertahankan status quo
·         Lahirnya UMNO
·         British berunding dgn Raja-Raja Melayu
·         Terbentuk pentadbiran yang lebih baik
·         British membatalkan MU
·         British bentuk Persekutuan TM 1948
·         Kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
  • Kedaulatan Raja Melayu dipertahankan




PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963


Faktor Pembentukan Malaysia

        Faktor Politik
  • Pengaruh komunis di Singapura
  • Kemenangan Parti Barisan Sosialis dalam pilihan raya di Singapura
  • Desakan Lee Kuan Yew untuk gabungkan Singapura dengan TM
  • Lee Kuan Yew mahu Persekutuan Tanah Melayu membantu Singapura menghadapi ancaman komunis
  • Ancaman komunis di Sarawak
  • Clandestine Communist Organization (CCO) mahu menjadikan Sarawak sebagai negara komunis
  • Untuk mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah Singapura dan Brunei
  • Proses dekolonisasi British terhadap negeri belum membangun
  • Mematuhi arahan PBB dalam Piagam Atlantik 1945
  • Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara

        Faktor Ekonomi
  • Dapat mewujudkan pasaran yang luas.
  • Menggalakkan pelaburan
  • Menggalakkan industri pertanian.
  • Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi.
  • Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri Sarawak dan Sabah
  • Memajukan negeri Sarawak dan Sabah
  • Mewujudkan kesepakatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk kepentingan bersama

Faktor Sosial
  • Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum


Reaksi Penduduk Sarawak dan Sabah Tentang Pembentukan Malaysia

        Reaksi Penduduk Sarawak
  • Parti Negara Sarawak (PANAS) menyokong penubuhan Malaysia.
  • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Sarawak Chinese Association (SCA) pada mulanya menentang
  • Parti-parti ini akhirnya menyokong penubuhan Malaysia
  • Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) terus menentang
  • PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA membentuk Parti Perikatan
  • Mereka menyekat pengaruh SUPP.

        Reaksi Penduduk Sabah
  • Pengumuman tentang gagasan Malaysia telah melahirkan parti-parti politik seperti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Kaum Dusun, Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu, Parti Demokratik dan sebagainya.
  • Mereka membentuk Parti Perikatan Sabah.
  • Parti Perikatan Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia
  • Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan 20 syarat kemasukan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.
  • Perkara Dua Puluh dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Anggota Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)

  • Donald Stephens -  Pengerusi
  • Tunku Abdul Rahman
  • Ong Yoke Lin
  • Khir Johari
  • Lee Kuan Yew
  • Tun Datu Mustapha Datu Harun

Peranan JPPK

  • Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
  • Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
  • Meninjau pandangan penduduk tentang pembentukan Malaysia
  • Menilai pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia
  • Mengadakan mesyuarat tentang pembentukan Malaysia
  • Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold

Anggota Suruhanjaya Cobbold

  • Lord Cobbold
  • Sir Anthony Abell
  • Sir David Watherston
  • Tan Sri Ghazali Shafie
  • Dato’ Wong Pow Nee


Peranan Suruhanjaya Cobbold

  • Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
  • Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kpd pihak British.
  • Menerima memorandum oleh pelbagai pertubuhan.
  • Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
  • Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia

Anggota Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

·         Lord Langsdowne  -  Pengerusi
·         Tun Abdul Razak  -  Timbalan Pengerusi
·         Wakil Persekutuan Tanah Melayu
·         Wakil Britain
·         Wakil Sarawak
  • Wakil Sabah


Peranan JAK

  • Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan T. Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah.

·         Mengadakan mesyuarat bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.

·         Memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold tentang Perlembagaan Malaysia.

·         Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

  • Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah.


Faedah Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia

  • Mempercepatkan kemerdekaan negeri Sarawak dan Sabah
  • Mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara
  • Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
  • Mewujudkan pasaran yang lebih luas
  • Menggalakkan industri pertanian
  • Memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu
  • Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota
  • Memajukan pertanian
  • Memindahkan teknologi
  • Menambahkan kecekapan dalam pentadbiran negeri




LAMBANG NEGARA


Sejarah penciptaan lagu Negaraku

  • Dicipta untuk menggantikan lagu “God Save The Queen”
  • Pemilihan diadakan di Depoh Polis, KL
  • Pancaragam polis memainkan 4 lagu
  • Jemaah hakim memilih satu lagu
  • Lagu Terang Bulan dipilih
  • Jemaah Raja-Raja memperkenan pemilihan yang dibuat
  • Encik saiful Bahri menggubah lirik lagu Negaraku


Mesej dalam lagu Negaraku

  • Malaysia tempat kelahiran warganya
  • Malaysia tempat tinggal rakyatnya
  • Rakyat mestilah bersatu padu
  • Perpaduan hendaklah diutamakan
  • Perpaduan boleh memajukan negara
  • Bersama-sama memajukan negara
  • Kemakmuran negara anugerah Tuhan
  • Bersyukur dengan kemakmuran negara
  • Menjunjung kedaulatan Raja Melayu
  • Tumpahkan kesetiaan kepada negara
  • Mempertahankan kedaulatan negara


Cara menghormati lagu Negaraku

  • Berdiri tegak
  • Menyanyi penuh semangat
  • Mengingati lirik
  • Memulakan upacara rasmi negara dengan nyanyian lagu Negaraku
  • Mengekalkan irama dan lirik
  • Menghayati maksud lirik



Kepentingan lagu Negaraku

  • Menjadi identiti negara
  • Lambang kedaulatan negara
  • Memupuk kesetiaan rakyat
  • Memupuk semangat patriotik
  • Meningkatkan daya saing
  • Meningkatkan semangat perjuangan
  • Menyemai rasa bangga kepada negara


Mencegah gejala menghina lagu Negaraku

  • Memberi nasihat
  • Mengadakan sesi kaunseling
  • Beri tunjuk sebab
  • Tindakan saman
  • Denda yang tinggi
  • Penjara mandatori
  • Tahan di bawah Akta ISA
  • Lucutkan kerakyatan




PERPADUAN KEBANGSAAN



Kedudukan Bahasa Melayu

  • Bahasa kebangsaan
  • Digunakan bagi tujuan rasmi.
  • Menjadi alat perpaduan.


Langkah Memartabatkan Bahasa Melayu

M MASUK DBP

  • M         Melancarkan Minggu Bahasa    

  • M         Menggunakan BM di mahkamah
  • A          Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan
  • S          Melancarkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa
  • UK        Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • D          Menubuhkan Dewan Bahasa dan             Pustaka (DBP)
  • B          Melancarkan Bulan Bahasa
  • P          Menggunakan BM sebagai pengantar di sekolah


Matlamat Mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

  • Menjadi panduan dalam membentuk identiti negara Malaysia
  • Bertujuan memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.
  • Untuk memelihara keperibadian kebangsaan.
  • Mempertingkatkan kualiti kehidupan.
  • Menseimbangkan pembangunan rohani dan fizikal.


Ciri-Ciri Kebudayaan Kebangsaan

  • Kebudayaan Melayu sebagai tunjang
  • Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
  • Islam sebagai unsur yang terpenting

Sebab sukan dapat  memupuk perpaduan

·         Tidak mengira ideologi.

·         Dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat.

·         Melibatkan semua kaum.

·         Boleh dilaksanakan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

·         Dapat mengeratkan perpaduan antara kaum dan negeri.




PERANG DUNIA PERTAMA



Sebab Berlakunya Perang Dunia Pertama

  • Kemunculan nasionalisme di Eropah
  • Negara-negara kecil bersatu membentuk negara bangsa besar
  • Persaingan mendapatkan tanah jajahan
  • Persaingan merebut peluang ekonomi
  • Imperialisme Baru –  mendapatkan bahan mentah dan pasaran
  • Pakatan negara-negara Eropah. – Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
  • Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand oleh pengganas Serbia
  • Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia
  • Jerman menyerang Perancis menimbulkan kemarahan Britain
  • Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman
  • Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat


Pakatan Negara-Negara Eropah

            Perikatan Kuasa Tengah
  • Jerman
  • Austria-Hungary
  • Itali
  • Turki Bulgaria

            Pakatan Bertiga
  • Britain
  • Perancis
  • Rusia
  • Itali
  • Jepun


Sebab Negara Eropah Mewujudkan Pakatan

  • Persaingan kuasa besar merebut peluang ekonomi
  • Bersaing mendapatkan bahan mentah
  • Memasarkan barang siap
  • Membuktikan kekuatan
  • Berusaha mendapatkan tanah jajahan


Peristiwa Perang Dunia Pertama

  • Pengganas Serbia membunuh Archduke Franz Ferdinand
  • Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia
  • Jerman menyerang Perancis
  • Hal itu menimbulkan kemarahan Britain
  • Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman
  • Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat


Kesan Perang Dunia Pertama

  • Tamatnya sistem beraja di Eropah.
  • Termeterainya Perjanjian Versailles
  • Terbentuknya  negara baru.
  • Terbentuknya Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.
  • Negara berperang menanggung hutang.
  • Masalah inflasi dan pengangguran.
  • Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
  • Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
  • Kehilangan nyawa yang banyak.
  • Pencetus Perang Dunia Kedua.




BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN



Faktor Kewujudan Blok Dunia

  • Ideologi berbeza.
  • Persaingan blok kapitalis dengan blok komunis
  • Persaingan Amerika dengan Rusia.
  • Ingin membuktikan kekuatan
  • Mahu menyebarkan pengaruh di Eropah dan Asia.
  • Ingin memajukan kepentingan masing-masing


Sebab Berlaku Perang Dingin

  • Ideologi berbeza.
  • Persaingan blok kapitalis dengan blok komunis
  • Persaingan pengaruh Amerika dengan Rusia.
  • Ingin membuktikan kekuatan masing-masing.
  • Menyebarkan pengaruh di Eropah dan Asia.
  • Ingin memajukan kepentingan masing-masing


Cara Menyebarkan Pengaruh

  • Melalui propoganda
  • Memberi bantuan pertahanan
  • Memberi bantuan ekonomi


Perbezaan Ideologi Kapitalis Dengan Komunis

  • Pemerintahan negara kapitalis secara demokratik.
  • Negara komunis secara diktator.
  • Pemilihan kerajaan blok kapitalis melalui pilihan raya.
  • Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf di negara blok komunis.
  • Blok kapitalis membuka peluang perniagaan kepada persendirian.
  • Orang persendirian boleh memiliki perniagaan.
  • Di Negara komunis, perniagaan dimiliki dan diurus oleh kerajaan
  • Negara blok kapitalis memberi kebebasan individu sepenuhnya.
  • Negara blok komunis mengawal kebebasan individu.


Kesan Perang Dingin

  • Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union
  • Pembentukan blok kapitalis dan blok komunis.
  • Penubuhan pakatan NATO, WARSAW dan SEATO.
  • Berlakunya perlumbaan senjata.
  • Memberi peluang kepada negara baru membina identiti sendiri.
  • Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa dan serantau


7 comments:

  1. Sir thanks a lot for your help,i hope all this coming out for SPM EXAM 2011........

    ReplyDelete
  2. CGU
    SAYA DARI SMKRP...

    TQ CGU..
    ATAS MAKLUMAT INI....

    ReplyDelete
  3. zulkifly baharom SMKKJ TG.MALIM

    TERIMA KASIH CIKGU...SEMOGA USAHA INI DBERKATI ALLAH..TAHUN DPN BUAT LG

    ReplyDelete
  4. semoga cikgu dipanjang umur, dimurah rezeki.. trima kasih. insyaAllah A+.. sy dari SMK Pintu Geng

    ReplyDelete
  5. Tq cikgu :)
    insyaAllah sy dpt buat pagi nie -16nov .

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih cikgu.. agar cikgu redho atas ilmu yg diberi

    ReplyDelete
  7. Terima kasih abezek. saya dapat A+ sejarah spm 2011 dgn study nata abe zek ni je. jasamu dikenang.

    ReplyDelete