LATAR
BELAKANG DASAR LUAR MALAYSIA
|
Soalan : Jelaskan
latar belakang dasar luar Malaysia.
Malaysia mempunyai dasar luarnya
yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Matlamat dasar luar
yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan rakyat dan
negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara,
menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan
sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu, matlamat dasar luar
Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka
terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan
dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral
dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan terus
dengan negara-negara tertentu. Contohnya, hubungan dengan negara jiran
termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan
luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia
Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Hubungan multilateral pula merujuk
kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.
MATLAMAT DASAR LUAR
|
Soalan : Jelaskan
matlamat dasar luar Malaysia.
Matlamat
dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan
rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia menjalin hubungan negara negara Komanwel
terutamanya Britain, Australia dan New Zealand untuk mendapatkan bantuan ketenteraan
bagi menghadapi ancaman komunis semasa mencapai kemerdekaan.
Dasar
luar Malaysia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional. Contohnya,
Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan semua negara melalui dasar berkecuali
kerana Malaysia mengamalkan pasaran bebas. Malaysia juga menjalin hubungan
dengan negara-negara lain yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Ini
adalah kerana pemimpin Malaysia mempunyai hak menjaga kepentingan negara dengan
menentukan hala tuju pemerintahan negara kita.
Selain
itu, matlamat dasar luar negara ialah menjaga kedaulatan negara. Contohnya,
Malaysia menjain hubungan baik dengan negara serantau melalui pertubuhan ASEAN.
Bersama-sama negara ASEAN, Malaysia mengisytiharkan rantau Asia Tenggara
sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi menghalang penglibatan
kuasa luar yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
Malaysia menjalinkan hubungan luar
kerana hendak menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Contohnya,
Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika kerana kita
mengharapkan negara tersebut sebagai pembeli utama bijih timah dan getah negara
kita. Tambahan pula, negara tersebut merupakan pelabur utama dalam bidang
perladangan dan perindustrian di negara kita. Malaysia juga menjalankan Dasar
Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea sebagai model pembangunan
ekonomi Negara.
Selain itu, matlamat dasar luar
Malaysia adalah untuk memupuk kesejahteraan dunia. Contohnya, Malaysia
berpegang kepada prinsip menghormati kedaulatan negara lain. Malaysia mengutuk
Israel yang mencabul kedaulatan negara Palestin. Malaysia tidak menjalinkan
hubungan dengan negara tersebut.
Malaysia juga menghormati prinsip hak asasi manusia. Malaysia memutuskan
hubungan dengan negara Afrika Selatan selagi negara tersebut terus mengamalkan
dasar apartheid.
BENTUK
HUBUNGAN DASAR LUAR MALAYSIA
|
Soalan : Jelaskan
bentuk dasar luar Malaysia.
Malaysia melaksanakan dua bentuk
hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan
multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan terus dengan
negara-negara tertentu. Contohnya, hubungan dengan negara jiran termasuklah
Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga
diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta
negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Hubungan multilateral pula merujuk
kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.
ASAS
/ FAKTOR PENGGUBALAN DASAR LUAR
|
Soalan : Terangkan
faktor yang mencorakkan dasar luar Malaysia.
Soalan : Terangkan
faktor yang mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.
i. Faktor Sejarah
Asas
penggubalan dasar luar Malaysia ialah faktor sejarah. Malaysia dahulunya pernah
diperintah oleh Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, Malaysia meneruskan tradisi
menjalin hubungan dengan negara yang pernah berdagang dengan Kesultanan Melayu
Melaka. Contohnya, negara-negara Arab, India, China dan Siam serta
negara-negara di Kepulauan Melayu seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.
Malaysia
pernah dijajah oleh British. Oleh itu, Malaysia
menyertai pertubuhan Komanwel untuk menjalin hubungan dengan Britain dan negara
Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand.
Setelah mencapai kemerdekaan,
Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Hal ini menyebabkan Malaysia
mengamalkan dasar pro-Barat untuk membendung ancaman komunis kerana Malaysia
belum mempunyai keupayaan pertahanan.
ii. Faktor Ekonomi
Penggubalan
dasar luar Malaysia juga berasaskan faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan pasaran bebas. Oleh itu, Malaysia
menjalin hubungan dengan negara lain untuk memajukan ekonomi.
Malaysia adalah negara pengeluar
utama bijih timah dan getah. Oleh itu, Malaysia berbaik dengan Britain dan
Amerika untuk memasarkan bijih timah dan getah.
Malaysia mengharapkan pelaburan
asing untuk memajukan ekonomi. Oleh itu, Malaysia mengharapkan pelaburan modal
dari Amerika dan Britain. Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur untuk
menggalakkan pelaburan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea .
Malaysia perlu menceburi pelaburan
di luar negara. Oleh itu, Malaysia menjalin hubungan luar dengan Negara Membangun dan Negara Islam untuk
mencari peluang pelaburan
iii. Faktor Politik
Selain
itu, penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh faktor politik. Malaysia
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen. Oleh itu, Malaysia
menjalin hubungan dengan negara lain yang mengamalkan sistem pemerintahan yang
sama.
Malaysia berpegang kepada prinsip
menghormati kedaulatan negara lain. Oleh itu, Malaysia menyokong Palestin bagi
mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia tidak menjalin hubungan
dengan Israel keranan menceroboh kedaulatan negara Palestin. Selain itu,
Malaysia berpegang teguh kepada prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia menyokong semua
resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan
dunia.
iv. Faktor Geografi
Penggubalan dasar luar Malaysia
adalah berasaskan faktor geografi.
Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara. Malaysia mempunyai kedudukan yang
strategik. Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia.
Demi untuk menjaga keselamatan negara, Malaysia menjalinkan hubungan dengan
negara-negara ASEAN. Contohnya
Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.
v. Faktor Demografi
Majoriti
rakyat Malaysia beragama Islam. Oleh itu, Malaysia Menjalin hubungan diplomatik
dengan negara-negara Islam. Malaysia membenci penindasan agama. Oleh itu,
Malaysia tidak mengadakan hubungan dengan Israel yang menindas rakyat Palestin
yang beragama Islam.
Malaysia
komited terhadap perpaduan dan hak asasi manusia. Malaysia mengamalkan dasar
persamaan taraf antara manusia. Oleh itu, Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan
Afrika Selatan yang mengamalkan Dasar Apartheid.
PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA
|
Soalan : Terangkan
perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan kepimpinan negara.
i. Dasar Luar Tahap Pertama (1957 –
1970)
Dasar
luar Malaysia pada tahap pertama ialah dasar pro- Barat yang antikomunis serta
dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar tersebut
dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman.
Dasar
luar berkenaan dilaksanakan disebabkan ancaman komunis di negara Asia Tenggara dan dalam negara. Oleh itu,
Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama
Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat pengaruh komunis, Malaysia
telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada
tahun 1956. Mengikut perjanjian itu, pihak British akan memberikan bantuan
kepada Malaysia jika diserang oleh mana-mana negara.
Di
samping itu, Malaysia menghadapi krisis dengan negara jiran selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia (1963 – 1965),
terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 – 1965) dan keluarnya Singapura
daripada Malaysia (1965). Oleh itu, Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik
dengan negara jiran. Usaha memelihara hubungan dengan negara jiran dibuat
melalui perjanjian. Malaysia menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) bersama-sama Thailand dan Filipina.
menubuhkan MAPHILINDO bersama Filipina
dan Indonesia serta menubuhkan ASEAN bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan
Singapura.
Dasar
pro-Barat juga disebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada Britain dalam
menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Ini adalah kerana Malaysia merupakan
anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang
pound sterling. Malaysia juga masih memberikan tumpuan kepada bijih timah dan
getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada Britain. Pelabur
Britain pula menguasai pelaburan yang besar dalam bidang perladangan dan perindustrian
di Malaysia.
ii. Dasar Luar Tahap Kedua (1972 –
1981)
Dasar
luar Malaysia pada tahap kedua ialah dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara. Dasar luar tersebut dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak (1972 –
1976) dan Tun Hussein Onn (1976 – 1981).
Perubahan
dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya
pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar ini juga disebabkan pergolakan di
Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China. Dalam mencapai matlamat
dasar luar tersebut, Malaysia Malaysia telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
bersama-sama dengan anggota ASEAN.
Malaysia mengamalkan dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara kerana hendak mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia. Untuk
menyelesaikan masalah pelarian Vietnam, Malaysia mengambil langkah menjalin hubungan dengan negara
berfahaman komunis. Contohnya
China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
iii. Tahap Ketiga (1981 – 2003)
Dasar
luar Malaysia pada tahap ketiga mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberikan
penekanan kepada kepentingan ekonomi. Dasar luar tersebut dilaksanakan oleh
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 – 2003).
Dasar
luar ini dilaksanakan kerana kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan
dalam kalangan negara membangun.
Dalam mengamalkan dasar tersebut, Malaysia mengadakan
hubungan lebih erat dengan negara ASEAN untuk menyelesaikan krisis Vietnam
dengan Kemboja. Kerajaan Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dengan
menjadikan Korea Selatan dan Jepun sebagai model pembangunan negara. Melalui
dasar itu, kerajaan menggalakkan rakyat mengamalkan nilai-nilai baik untuk
membina budaya kerja bersungguh-sungguh dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kerajaan Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara
Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam hubungan dua hala
itu, kerajaan membawa misi perdagangan dalam setiap lawatan Perdana Menteri.
Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan
kedua belah pihak. Kerajaan Malaysia menjalin hubungan perdagangan dengan semua
negara maju dan Dunia Ketiga. Kerajaan memperluaskan kerjasama ekonomi melalui
EAEC dan ASEAN+3.
RASIONALNYA DASAR LUAR MALAYSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN MASA
|
Soalan : Apakah
rasionalnya Malaysia mengamalkan dasar luar yang sentiasa berubah mengikut
perubahan kepimpinan serta perubahan politik dan ekonomi global ?
Soalan
: Mengapa dasar luar Malaysia
sentiasa berubah mengikut perubahan politik dan ekonomi global ?
Dasar luar
Malaysia sentiasa berubah dengan mengambil kira perubahan keadaan politik
semasa. Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, Malaysia menghadapi ancaman
komunis. Oleh itu, Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman mengamalkan
dasar pro-Barat yang antikomunis. Ini adalah kerana Malaysia memerlukan bantuan
pertahanan daripada negara-negara Komanwel seperti Britain, Australia dan New
Zealand.
Menjelang tahun
1970-an, dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik
dengan semua negara. Perubahan dasar luar yang dilaksanakan oleh Tun Abdul
Razak ini adalah disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam
yang melibatkan Amerika Syarikat dan China. Malaysia juga telah mengisytiharkan
konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama ASEAN dengan menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman
Timur.
Selain itu, dasar luar sentiasa
berubah kerana kepentingan ekonomi. Oleh itu, Dasar luar Malaysia pada tahap
pertama lebih bersifat pro-Barat kerana Malaysia merupakan pengeluar utama
bijih timah dan getah. Malaysia menjalin hubungan baik dengan Britain kerana mengharapkan
sepenuhnya permintaan daripada negara tersebut. Tambahan pula, pelabur Britain
merupakan pelabur utama dalam sektor perladangan dan perindustrian di Malaysia.
Dasar luar Malaysia pada tahap
ketiga semasa pimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir lebih memberikan penekanan
kepada kepentingan ekonomi. Penekanan tersebut berkaitan dengan isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam kalangan negara membangun. Oleh
itu, Malaysia mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN
untuk meningkatkan nilai perdagangan negara kita. Beliau juga memperkenalkan
Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model
bagi membangunkan Malaysia. Dasar ini juga bertujuan menggalakkan pelaburan
dari negara berkenaan ke Malaysia.
Perubahan dasar luar Malaysia
yang menekankan kepentingan ekonomi juga telah mempertingkatkan hubungan dua
hala dengan negara membangun dan negara Islam. Hal ini bertujuan meningkatkan
pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
Selaras dengan perubahan tersebut, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala
dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui
misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala
yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
KEPENTINGAN DASAR LUAR MALAYSIA
|
Soalan : Jelaskan
kepentingan dasar luar Malaysia.
Soalan
: Bagaimanakah dasar luar
Malaysia dapat menjamin kestabilan dan kemakmuran
negara ?
Dasar luar Malaysia yang bersifat pro-Barat serta
berbaik-baik dengan negara Komanwel membawa kestabilan dan kemakmuran kepada
negara. Malaysia mendapat bantuan keenteraan daripada negara Komanwel terutama
Britain, Australia dan New Zealand dalam menghadapi ancaman komunis. Hubungan
baik ini menyebabkan keadaan politik negara stabil dan bebas daripada ancaman
komunis.
Dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika menyebabkan
ekonomi negara berkembang pesat. Britain dan Amerika adalah pembeli utama bijih
timah dan getah daripada Malaysia. Dengan hubungan baik itu, Malaysia menjadi
pengeluar utama bijih timah dan getah dunia. Di samping itu, pelabur dari
Britain dan Amerika banyak menanam modal dalam sektor perladangan dan
perindustrian di negara kita. Hal ini menyebabkan kemajuan ekonomi negara berkembang
pesat.
Pada tahun 1970-an, Malaysia mengamalkan dasar luar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Dasar Malaysia berbaik-baik
dengan negara blok komunis seperti Soviet Union, China dan Korea Utara berjaya
mengurangkan penglibatan kuasa besar dalam politik di rantau Asia Tenggara.
Keamanan di rantau tersebut memberi peluang untuk Malaysia memajukan ekonomi
negara. Kerjasama ekonomi melalui ASEAN telah memacu perkembangan ekonomi
negara.
Dasar luar Malaysia pada tahun 1980-an menekankan kepentingan
ekonomi. Dasar tersebut memberikan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara.
Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model
pembangunan ekonomi negara banyak membawa kebaikan. Produktiviti pengeluaran
negara semakin meningkat dan pembangunan dijayakan dengan pesat. Pembinaan
projek mega seperti menara PETRONAS, KLIA, pembinaan LRT dan lain-lain
meletakkan Malaysia dalam era pembangunan yang luar biasa.
Dasar luar tahap ketiga juga
telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Negara Membangun dan Negara
Islam. Menerusi lawatan Perdana Menteri ke negara Afrika, Amerika Selatan,
Caribbean dan Pasifik Selatan, Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan
dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Perjanjian tersebut
meningkatkan lagi kemajuann negara melalui pelaburan luar negara.
Malaysia menjalin hubungan baik
dengan negara ASEAN bagi meningkatkan kemajuan negara. Malaysia menjalinkan
kerjasama ekonomi melalui ASEAN dengan melancarkan projek baja UREA. Projek
tersebut mampu menjana ekonomi pertanian dengan lebih baik. Malaysia juga
berusaha mewujudkan kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan negara Timur iaitu
China, Jepun dan Korea Selatan melalui EAEC dan ASEAN +3
CARA MEMANFAATKAN DASAR LUAR UNTUK
KEPENTINGAN NEGARA
|
Soalan : Bagaimanakah
Malaysia memanfaatkan dasar luar untuk meningkatkan kemajuan negara ?
Bagi
meningkatkan kemajuan negara, Malaysia telah menjalankan
dasar luar yang sentiasa berubah mengikut keadaan politik dan ekonomi global.
Malaysia adalah pengeluar utama bijih timah dan getah dunia. Bagi menjamin
hasil pengeluaran tersebut mendapat pasaran yang baik, Malaysia mengamalkan
dasar luar bersifat pro-Barat yang menyokong British kerana negara tersebut
merupakan pembeli utama bahan mentah Malaysia.
Sebagai
negara yang baru merdeka, Malaysia memerlukan pelaburan modal untuk
meningkatkan perusahaan perladangan dan perindustrian. Bagi mencapai matlamat
tersebut, Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik Britain dan Amerika. Hal ini
adalah kerana negara tersebut merupakan pelabur utama dalam perusahaan
perladangan dan perindustrian di negara kita.
Menjelang
tahun 1970-an, Malaysia mengubah dasar luar yang bersifat pro-Barat kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini adalah kerana Malaysia
tidak boleh sentiasa bergantung kepada Britain dan Amerika untuk memajukan
ekonomi negara. Malaysia perlu meluaskan lagi pasaran hasil negara selaras
dengan prinsip mengamalkan pasaran bebas. Dasar luar yang berasaskan prinsip
pasaran bebas ini telah meningkatkan lagi kemajuan ekonomi negara.
Pada
tahun 1980-an, semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia
mengamalkan Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi
membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat mengambil
nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam
pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala
dengan Negara Membangun dan Negara Islam. Menerusi lawatan Perdana Menteri ke
negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan, Malaysia
menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua
belah pihak. Perjanjian tersebut meningkatkan lagi kemajuann negara melalui
pelaburan luar negara.
Malaysia menjalin hubungan baik
dengan negara ASEAN bagi meningkatkan kemajuan negara. Malaysia menjalinkan
kerjasama ekonomi melalui ASEAN dengan melancarkan projek baja UREA. Projek
tersebut mampu menjana ekonomi pertanian dengan lebih baik. Malaysia juga
berusaha mewujudkan kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan negara Timur iaitu
China, Jepun dan Korea Selatan melalui EAEC dan ASEAN +3
KEJAYAAN MALAYSIA
MELALUI DASAR LUAR YANG DINAMIK
|
Soalan : Terangkan
kejayaan yang dicapai Malaysia melalui pelaksanaan dasar luarnya yang bersifat
dinamik.
Soalan : Kemukakan bukti yang menunjukkan dasar
luar Malaysia telah menjadikan negara
kita dihormati di mata dunia.
Menjelang kemerdekaan, Malaysia dan rantau Asia Tenggara
diancam oleh ideologi komunis. Ancaman ini boleh menggugat keamanan dan
kestabilan politik di rantau ini. Untuk membendung ancaman tersebut, Malaysia
mengamalkan dasar luar yang bersifat anti-komunis. Malaysia mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan negara Komanwel untuk mendapatkan bantuan ketenteraan
daripada Britain, Australia dan New Zealand. Dasar ini menyebabkan Malaysia
dihormati oleh dunia kerana berperanan membendung ancaman komunis di rantau
Asia Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara amat berterima kasih kepada Malaysia
atas usaha tersebut.
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut keadaan
ekonomi global. Pada awal kemerdekaan, Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat
yang menyokong Britain dan Amerika. Dasar luar ini telah membawa kemajuan
kepada ekonomi Malaysia. Pelaburan dana syarikat dari Britain dan Amerika telah
menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama bijih timah dan getah dunia.
Malaysia mendapat penghormatan negara lain kerana berjaya membangun dengan
cepat walaupun baru mencapai kemerdekaan.
Malaysia mengubah dasar luar daripada pro-Barat kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Melalui dasar ini, Malaysia
mula menjalinkan hubungan baik dengan negara komunis seperti China, Korea
Utara, Soviet Union serta Vietnam. Hubungan baik Malaysia dengan negara blok
komunis ini berjaya menangani isu pelarian Vietnam. Kesediaan Malaysia
membenarkan Pulau Bidong, di Terengganu sebagai kem petempatan pelarian Vietnam
telah menghindarkan campurtangan kuasa besar dalam politik di Asia Tenggara.
Usaha Malaysia ini sangat dihormati dunia kerana bukan sahaja berjaya
mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara sebagai rantau berkecuali malah
mampu menyelesaikan isu kemanusiaan sejagat.
Penghormatan dunia terhadap sikap berkecuali Malaysia
menyebabkan negara kita dipanggil
menyertai pasukan pendamai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk
menamatkan Perang Saudara di Congo dan mewakili pasukan pengaman PBB bagi
membantu Namibia mencapai kemerdekaan. Malaysia juga dipilih menyertai pasukan
pemerhati bagi meleraikan pergolakan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menjadi
pasukan pengaman ke Bosnia.
Malaysia menjunjung amalan yang toleran dalam hubungan kaum.
Malaysia memutuskan hubungan dengan Afrika Selatan kerana mengamalkan dasar
apartheid. Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Israel kerana menceroboh
Palestin dan memberikan layanan buruk terhadap orang Islam. Tindakan Malaysia
telah membuka mata dunia terhadap hak asasi manusia. Atas usaha itu, dasar
apartheid dihapuskan dan kebajikan rakyat Palestin mendapat perhatian dunia.
Hubungan luar bersifat multilateral dapat dilihat melalui
penglibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa. Hubungan Malaysia dengan
negara Komanwel menyebabkan Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi
persidangan Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM). Dalam persidangan
tersebut, anggota Komanwel telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989 yang
berkaitan dengan tanggungjawab negara-negara anggota dalam mengawal dan
mengatasi masalah pencemaran.
Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk membawa
kejayaan-kejayaan seperti keamanan dunia terhasil hasil daripada penggubalan
dasar berbaik-baik dengan negara luar. Situasi ini juga dapat mengharumkan nama
baik negara kita hasil daripada sumbangan-sumbangan yang Malaysia berikan pada
peringkat antarabangsa.
PERLUNYA MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN SEMUA NEGARA
|
Soalan : Mengapakah
Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan menjalinkan hubungan baik dengan
semua negara tanpa mengira ideologi ?
Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar
tanpa mengira ideologi. Malaysia mengambil langkah tersebut kerana Britain mula
mengurangkan pengaruhnya di Timur. Tambahan pula AMDA (Anglo – Malaysian
Defence Treaty) semakin kurang berperanan. Langkah Malaysia berbaik-baik dengan
negara blok komunis dapat mengimbangkan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara.
Oleh itu, situasi tersebut dapat mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.
Selain itu, Malaysia dapat meningkatkan perkembangan ekonomi dengan lebih baik.
Hasil komoditi Malaysia dapat dipasarkan ke semua negara dan tidak lagi hanya
bergantung kepada Britain dan Amerika semata-mata.
Malaysia
tidak mahu memihak kepada mana-mana blok dunia. Malaysia telah mengisytiharkan konsep Zon Aman,
Bebas dan Berkecuali bersama-sama dengan anggota ASEAN. Perubahan
dasar ini disebabkan pergolakan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan
China. Malaysia
hendak mengatasi masalah pelarian Vietnam di
Malaysia. Untuk menyelesaikan masalah pelarian Vietnam, Malaysia mengambil
langkah menjalin hubungan
dengan negara berfahaman komunis. Contohnya China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara Timur
seperti China, Jepun dan Korea Selatan untuk meningkatkan perkembangan ekonomi
negara. Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai
model pembangunan ekonomi negara telah berjaya meningkatkan budaya kerja dan
produktiviti pengeluaran negara.. Pelabur dari Korea Selatan dan Jepun telah
menjayakan pembinaan projek mega seperti pembinaan menara PETRONAS, lapangan
terbang KLIA, pembinaan LRT serta perusahaan automobil.
Malaysia menjalin hubungan dengan Negara Islam dan Negara
Membangun untuk meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan
pelaburan di negara berkenaan. Selaras dengan perubahan tersebut, Malaysia
mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan,
Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan, Malaysia telah
menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua
belah pihak.
Malaysia
menjalin hubungan baik dengan semua negara kerana hendak memperluaskan skop
kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini. Malaysia juga hendak mengurangkan
dominasi kuasa Barat terhadap ekonomi di rantau Asia Tenggara. Kerjasama
tersebut dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asia Economic Caucus
(EAEC). EAEC melibatkan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea. Malaysia
bersama-sama negara ASEAN juga mewujudkan kerjasama ekonomi tidak rasmi antara
negara ASEAN dengan negara Timur . Kerjasama ini diadakan melalui konsep ASEAN
+ 3.
BENTUK HUBUNGAN LUAR MALAYSIA PADA MASA HADAPAN
|
Soalan : Bagaimanakah
bentuk dasar luar Malaysia pada masa akan datang ?
Malaysia juga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Malaysia akan terus
mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika. Hal ini bertujuan
menjaga kepentingan ekonomi Malaysia kerana negara tersebut merupakan pelabur
terbesar dalam sektor perladangan dan perindustrian di negara kita. Namun,
Malaysia akan mengambil pendirian tidak menyokong penglibatan negara tersebut
di negara lain. Contohnya penglibatan Amerika di Iraq, Iran dan lain-lain.
Malaysia akan mengamalkan dasar
mementingkan keamanan. Malaysia akan terus menyokong prinsip aman, bebas dan
berkecuali yang dipersetujui oleh negara anggota ASEAN. Malaysia bersama negara
ASEAN yang lain telah mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman,
Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Usaha tersebut dapat mengelakkan campur tangan
politik oleh kuasa besar di Asia Tenggara. Dengan itu, keamanan dan kestabilan
politik dapat diwujudkan di rantau Asia Tenggara.
Malaysia meneruskan dasar luar yang boleh memberi
kepentingan ekonomi. Malaysia akan meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan
menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara.
Kemasukan modal dari negara tersebut dapat meningkatkan pembangunan
infrastruktur dan perindustrian di negara kita. Di samping itu, ia membuka
peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Dengan itu, wawasan untuk membina
negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai.
Malaysia juga terus komited
menjalinkan hubungan bilateral dan multilateral dengan negara serantau melalui
pertubuhan ASEAN. Malaysia akan meneruskan kerjasama dalam projek perindustrian
seperti projek baja UREA dahulu. Kerjasama ekonomi akan diperluaskan meliputi
bidang pertanian, pelancongan dan sebagainya. Malaysia akan meneruskan
kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free
Trade Zone (AFTA). Di samping itu, Malaysia akan berusaha merealisasikan
kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea melalui Perundingan Ekonomi Asia
Timur atau East Asia Economic Caucus (EAEC) dan ASEAN +3.
Malaysia terus
komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian
secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan tarus memperjuangkan nasib rakyat
Palestein. Malaysia akan terus memainkian peranan menuntut keadilan pasaran
bagi Negara Dunia Ketiga.
KESAN DASAR LUAR YANG TIDAK MANTAP
|
Soalan
: Jelaskan kemungkinan yang akan
berlaku jika Malaysia mengamalkan dasar luar yang bersifat statik.
Sekiranya Malaysia mengamalkan
dasar luar yang tidak mantap, kemungkinan keadaan ekonomi negara kita tidak
berkembang dengan baik. Contohnya, eksport negara akan berkurangan kerana tidak banyak negara yang menjalinkan
hubungan dagang dengan Malaysia. Hal ini menyebabkan sektor perusahaan,
perladangan dan perkhidmatan mengalami kemerosotan yang ketara. Peluang
pekerjaan sangat terhad. Hal ini akan mengakibatkan kadar pengangguran yang
tinggi dalam negara. Pendapatan negara akan merosot dan boleh mengakibatkan
negara mundur.
Dasar luar yang bersifat statik
menghilangkan keyakinan negara luar terhadap prestasi negara kita. Dasar luar
yang tidak konsisten menyebabkan keadaan politik negara tidak menentu. Hal ini
akan menjejaskan iklim pelaburan. Pelabur asing kurang berminat untuk melabur di negara kita kerana bimbang sesuatu
yang buruk akan berlaku. Kekurangan pelaburan menyebabkan taraf hidup rakyat
semakin merosot.
Keadaan politik negara menjadi
tidak stabil mengundang penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal negara kita.
Perlumbaan kuasa besar menyebarkan ideologi mereka boleh menimbulkan huru-hara.
Huru-hara ini akan mengancam kedaulatan negara.
Dasar luar yang kurang mantap
memperlihatkan kepimpinan yang kurang berwibawa. Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB) hilang keyakinan terhadap kewibawaan pemimpin negara kita sebagai warga
global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan
dunia. Negara kita yang dahulunya sering diberi kepercayaan menganggotai
pasukan pendamai PBB akan terpinggir. Kelantangan suara Malaysia yang sekian
lama memperjuangkan hak asasi manusia menjadi
tidak bermakna.
PERLUNYA DASAR LUAR YANG MENEKANKAN KEPENTINGAN EKONOMI
|
Soalan : Mengapakah
Malaysia perlu mengamalkan dasar luar yang menekankan kepentingan ekonomi ?
Malaysia
perlu mengamalkan dasar luar yang menekankan kepentingan ekonomi kerana hendak
menggalakkan pelaburan asing ke negara kita. Malaysia perlu menjalinkan
hubungan dengan negara yang boleh menyumbang modal untuk meningkatkan
pembangunan negara. Contohnya, Malaysia menjalin hubungan baik dengan Britain
dan Amerika untuk menggalakkan pelaburan mereka dalam bidang perladangan dan
perindustrian di negara kita. Dengan itu, sektor perladangan dan perindustrian
menyumbangkan pendapatan yang besar kepada negara.
Malaysia mengamalkan Dasar
Pandang ke Timur untuk menjalinkan hubungan baik dengan Jepun dan Korea
Selatan. Hubungan ini bertujuan menjadikan negara tersebut sebagai model untuk
membangunkan ekonomi negara. Budaya kerja dan nilai murni dan perkhidmatan
menjadi contoh dan amalan kevarah meningkatkan produktiviti negara. Dengan itu,
daya pengeluaran negara akan meningkat.
Malaysia menjalinkan hubungan
baik dengan China, Jepun dan Korea Selatan demi untuk kepentingan ekonomi.
Bersama-sama dengan negara anggota ASEAN yang lain, Malaysia berusaha merealisasikan kerjasama ASEAN dengan
China, Jepun dan Korea melalui Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asia
Economic Caucus (EAEC) dan ASEAN +3. Malaysia perlu mengurangkan dominasi kuasa
Barat terhadap ekonomi di negara-negara Asia Tenggara.
Malaysia menjalin hubungan baik dengan Negara
Membangun dan Negara Islam demi untuk kepentingan ekonomi. Dasar luar yang
sedemikian perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di
negara berkenaan. Melalui dasar tersebut, Malaysia mempertingkatkan hubungan
dua hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
Melalui misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan
dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
HUBUNGKAIT FAKTOR EKONOMI DENGAN PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA
|
Soalan
: Sejauhmanakah faktor ekonomi
mempengaruhi dasar luar Malaysia ?
Penggubalan dasar luar Malaysia
dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Semasa awal kemerdekaan, Malaysia perlu
memasarkan hasil bijih timah dan getah. Pada ketika itu, sumber bahan mentah
tersebut adalah hasil utama negara. Pada ketika itu, Malaysia mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan Britain dan Amerika Syarikat kerana mereka adalah pembeli
utama bijih timah dan getah negara kita.
Malaysia mengharapkan pelaburan
asing untuk memajukan ekonomi. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan
Britain dan Amerika Syarikat kerana pada ketika itu negara tersebut merupakan
pelabur utama dalam sektor perladangan dan perindustrian di negara kita.
Selepas itu, negara
kita mula mengamalkan pasaran bebas untuk menjamin kestabilan harga bahan
mentah di pasaran dunia. Faktor ekonomi tersebut menyebabkan Malaysia mula membina rangkaian
perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun,
Singapura dan Jerman Barat. Dasar luar tersebut bertujuan mengurangkan
pergantungan kepada Britain.
Pada tahun 1980-an, Malaysia
mengamalkan Dasar Pandang ke Timur. Malaysia mengadakan hubungan luar dengan
Jepun dan Korea Selatan. Dasar tersebut dilaksanakan untuk menggalakkan pelaburan modal dari Jepun dan Korea Selatan. Budaya kerja mereka dijadikan
amalan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan di negara
kita..
Malaysia ingin mencari peluang pelaburan di luar negara.
Hasrat tersebut mendorong Malaysia menjalin hubungan dengan Negara Membangun
dan Negara Islam. Malaysia
mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean
dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani
perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
HUBUNGKAIT DASAR LUAR MALAYSIA DENGAN PERPADUAN ANTARABANGSA
|
Soalan : Sejauhmanakah
dasar luar Malaysia berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa ?
Dasar luar Malaysia yang bersifat multilateral
berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Hubungan luar Malaysia
dengan negara serantau melalui ASEAN telah mengeratkan hubungan semua negara
anggota. Contohnya, semua negara bersatu hati mengisytiharkan rantau Asia
Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Hal ini menyebabkan
rantau tersebut bebas daripada campur tangan kuasa luar dalam hal ehwal
politik. Selain itu, negara ASEAN juga bersatu hati mengadakan kerjasama dalam
bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan.
Malaysia juga menjalin hubungan secara multilateral
dengan negara bekas tanah jajahan British melalui pertubuhan Komanwel.
Perpaduan negara bekas tanah jajahan British jelas kelihatan apabila Britain,
Australia dan New Zealand memberikan bantuan ketenteraan kepada Malaysia dalam
menghadapi ancaman komunis. Perpaduan masyarakat antarabangsa lebih jelas
kelihatan melalui penyertaan negara anggota dalam Sukan Komanwel.
Malaysia juga menjalin hubungan
multilateral dengan semua negara melalui Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).
Pergerakan ini bertujuan mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah
negara dan menegakkan prinsip menghormati kedaulatan sesebuah negara. Negara
anggota menunjukkan perpaduan melalui penyelesaian pertelingkahan antara negara
melalui perundingan dan mendokong prinsip menghormati hak asasi manusia.
Selain itu,
Malaysia juga menjalin hubungan multilateral dengan negara Islam melalui
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) agar dapat mengeratkan hubungan sesama
negara Islam dalam segala bidang. Negara anggota bersuara dalam satu nada bagi
kepentingan umat Islam. Di samping itu, negara anggota juga bersatu mengekalkan
perdamaian antara negara-negara Islam serta bersama-sama memastikan
tempat-tempat suci umat Islam dihormati dan tidak dicemari.
Malaysia juga menjalin hubungan
bilateral dengan negara luar. Dasar luar tersebut dapat mewujudkan perpaduan
masyarakat antarabangsa. Contohnya, Malaysia mengukuhkan perpaduan masyarakat
antarabangsa dengan menghantar bantuan perubatan, bantuan kewangan, bantuan
menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada mangsa Tsunami di
Acheh dan gempa bumi di Jepun.
Dengan adanya dasar luar
Malaysia yang mengutamakan perpaduan, Malaysia pernah menjadi perantaraan
menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.
Selain itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan
peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan
semula tanah air mereka daripada Israel
mengikut lunas lunas yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan
penyertaan tentera kita dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera
pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.
USAHA MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK
DENGAN NEGARA LUAR
|
Soalan : Apakah
usaha yang dilakukan oleh Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ?
Dalam
usaha mengekalkan hubungan baik dengan negara luar, Malaysia mengambil langkah
menjalinkan kerjasama ekonomi dalam bidang perdagangan. Malaysia mengamalkan
dasar berbaik-baik dengan semua negara selaras dengan amalan pasaran bebas.
Contohnya, selain mengadakan hubungan perdagangan dengan Britain, Malaysia juga
membina rangkaian perdagangan dengan negara Amerika, Jepun, China dan Jerman Barat.
Usaha
menjalinkan hubungan baik dengan negara luar dilaksanakan melalui pemindahan
dan pertukaran teknologi. Malaysia melakukan pemindahan teknologi dan kepakaran dari Jepun dan Korea Selatan melalui dalam pembinaan LRT / MRT, empangan elektrik
hidro dan lain-lain. Negara kita
juga melakukan usaha sama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat
tempatan. Contohnya, projek usaha sama industri automobil antara Mitsubishi
Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan
NAZA Motors Malaysia.
Malaysia menjalin hubungan baik dengan
negara luar melalui hubungan dua hala. Malaysia
merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.
Contohnya pada tahun 2005, Yang di-Pertuan Agong
(Raja) Sirajuddin Perlis Malaysia
dan Raja Permaisuri Agong
(Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis
melawat Sweden. Pada tahun 2015, Perdana Menteri Malaysia melawat Perancis,
Arab Saudi dan Australia. Hubungan dua hala ini mengeratkan lagi hubungan
politik kedua-dua buah negara.
Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara
luar melalui mesyuarat atau perbincangan terhadap sesuatu isu yang
melibatkan kedua-dua negara. Contohnya,
Malaysia mengadakan sesi perbincangan dengan Filipina berhubung penguatkuasaan
Maritim Negara. Malaysia berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan
Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) untuk mencegah aktiviti pelanggaran
undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu.
Malaysia juga mengadakan sesi perbincangan dengan Indonesia berhubung isu
pendatang tanpa izin (PATI) Indonesia ke Malaysia.
Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara luar melalui hubungan
multilateral. Malaysia mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN dan pertubuhan
antarabangsa yang lain seperti PBB, OIC, Komanwel. Usaha lain dalam mengekalkan
hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak mencampuri
hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara yang dilanda peperangan seperti
Syria.
Selain itu Malaysia
telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam mengalami kesusahan.
Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan
bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin.Pemimpin negara telah
mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan politik
atau hubungan perdagangan dua hala
Malaysia juga turut
mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar .Contoh drama
Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dll
Usaha lain dalam
mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan menganjurkan
persidangan / sukan bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,
Malaysia juga
menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan persaingan senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan
senjata nuklear.Selain itu kita manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara
lain. Contohnya kita tidak melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain.
Malahan Malaysia amat mementingkan hak asasi manusia.
Malaysia juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara
negara.contohnya Malaysia telah menganjurkan
Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya
diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin
negara jiran tersebut di Malaysia.
CABARAN DASAR LUAR DAN CADANGAN MENINGKATKAN KEBERKESANANNYA
|
Soalan
: Jelaskan cabaran yang dihadapi
oleh Malaysia dalam meningkatkan kebekesanan hubungan dengan negara luar dan
cadangkan langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
Cabaran pertama yang dihadapi
oleh negara kita ialah perbezaan ideologi. Hal ini akan mewujudkan jurang persefahaman yang luas antara negara.
Contohnya hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam yang mengamalkan mazhab
yang berbeza. Langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi cabaran tersebut
ialah saling menghormati ideologi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai
bidang agar hubungan dua hala menjadi
lebih erat.
Cabaran yang kedua ialah pertelingkahan untuk
mengekalkan hak negara. Contohnya isu
Pulau Spratly serta tuntutan Filipina ke atas Sabah yang tidak pernah reda.
Perebutan berkaitan isu tersebut menyebabkan hubungan kedua-dua negara menjadi
renggang. Cabaran ini boleh diatasi sekiranya negara yang terlibat mematuhi
undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Dunia. Ini menyebabkan keamanan
berjaya diwujudkan.
Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk
mengekalkan kemajuan ekonomi kerana
berlaku kejatuhan nilai mata wang
Malaysia. Ini menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran
antarabangsa. Untuk mengatasi cabaran ini, Malaysia perlu mencari medium
perantara lain sebagai alat pertukaran untuk berurusan.contohnya dinar emas.
Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani
masalan kebergantungan kepada pekerja asing. Keadaan ini menyebabkan kebanjiran
tenaga kerja asing dan peluang untuk rakyat tempat terhad. Bagi menghadapi cabaran
keempat,penguatkuasaan undang-undang
yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan kebergantungan
kepada pekerja asing dapat di kawal.Pihak kerajaan dan majikan perlu
mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.
Cabaran yang terakhir ialah jenayah merentasi sempadan.Contohnya penyalahgunaan
dadah.Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam
kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah. Untuk mengatasinya,
kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta
mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah.Selain itu Malaysia juga mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa
negara-negara lain agar masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan hubungan
dua hala tersebut.
IKTIBAR YANG DIPEROLEH
|
Soalan
: Nyatakan iktibar yang diperoleh
daripada tugasan yang anda lakukan.
Daripada tugasan yang dilaksanakan,
kita boleh mengambil iktibar bahawa penggubalan dasar luar negara perlu
mengambil kira kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Sebagai contohnya, kita
telah menyertai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB), Komanwel, Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) agar mengekalkan kedaulatan dan meningkatkan kemajuan ekonomi
negara.
Kita harus menjalin hubungan baik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Sebagai contohnya, kita menjalin
hubungan dengan negara blok kapitalis dan komunis. Hal ini bertujuan untuk
mewujudkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Dengan itu, masyarakat dunia
dapat hidup dengan sejahtera.
Kita hendaklah menghormati
kedaulatan negara lain. Sebagai contohnya, kita tidak boleh menceroboh dan
mencampuri urusan politik negara lain. Tindakan Israel menceroboh negara
Palestin adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tindakan tersebut perlu
diselesaikan agar kestabilan politik dunia terpelihara.
Kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai
ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Kita harus mencontohi ketokohan
para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam
pertubuhan antarabangsa. Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan
merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
Rakyat Malaysia harus mengambil
iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak
dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik
negara.
KESIMPULAN
|
Soalan
: Buat kesimpulan keseluruhan isi
yang telah dibincangkan dari sudut berikut :
(a) Pengetahuan
yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakan
(b) Nilai
murni dan unsur patriotisme yang dapat dihayati
(c) Harapan
menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang
Daripada
tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang peranan Malaysia dalam
mewujudkan keamanan sejagat. Usaha yang dilakukan oleh negara kita menyebabkan
negara kita dihormati dan dipandang tinggi di mata dunia. Selain itu, kita juga
dapat mengetahui sebab yang mendorong Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik
dengan semua negara. Hal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemajuan
ekonomi negara.
Kita hendaklah sentiasa menjalinkan kerjasama agar dapat
mewujudkan kesejahteraan dunia. Kesejahteraan dunia dapat menjamin kedaulatan
negara kita. Seterusnya, kita perlu memupuk perpaduan masyarakat dunia tanpa
mengira bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan masyarakat dunia dapat hidup
dengan sejahtera.
Kita berharap melalui sumbangan Malaysia dalam pertubuhan
antarabangsa, bangsa Malaysia dapat menunjukkan kepimpinan yang berwibawa. Hal
ini akan menjadikan negara kita dihormati di mata dunia. Selain itu, melalui
hubungan luar yang berasaskan kepentingan ekonomi kita berharap bangsa Malaysia
akan menjadi bangsa yang berjaya dalam bidang ekonomi. Hal ini menyebabkan
negara kita akan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.