TAJUK HANGAT SENGOTI
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011
Tajuk HANGAT SENGOTI ni demo kena pulun habih.... kalu dak demo akan nyesal.
BAHAGIAN A
Soalan 1 – Tamadun Indus
Soalan 2 – Pengaruh Islam Terhadap Pendidikan Formal
Soalan 3 – Birokrasi Barat di Asia Tenggara / Nasionalisme di Asia Tenggara
Soalan 4 – Langkah Pembentukan Malaysia
BAHAGIAN B
Soalan 5 – Kerajaan Bani Umaiyah
Soalan 6 – Penggunaan Buruh Luar
Soalan 7 – Malayan Union
Soalan 8 – Lambang Negara
Soalan 9 – Perang Dunia Pertama / Blok Dunia & Perang Dingin
Jangan bimbang... Abezek sudah tau ...
HANGAT SENGOTI - TAMADUN INDUS
Soalan STRUKTUR
(a) Namakan dua bandar terancang tersebut.
- Mahenjo Daro
- Harappa
[2 markah]
(b) Apakah ciri bandar terancang yang disebutkan di atas.
- Mempunyai dua bahagian
- Mempunyai pusat pentadbiran
- Mempunyai pusat petempatan
- Mempunyai sistem kumbahan
- Mempunyai tembok
- Mempunyai jalan raya
- Mempunyai susunan teratur
- Disusun secara blok
[2 markah]
(c) Mengapakah masyarakat di lembah Indus mampu membina bandar terancang ?
- Menguasai ilmu matematik
- Menguasai ilmu geometri
- Menguasai ilmu seni bina
- Memiliki kemahiran membuat batu-bata
- Memiliki kemahiran dalam pembinaan
- Memiliki kemahiran menyusun atur
- Meniru teknologi tamadun lain
- Meniru unsur seni bina tamadun lain
- Meniru budaya kerja tamadun lain
[2 markah]
(d) Nyatakan dua fungsi bandar terancang dalam masyarakat tamadun Indus.
- Pusat pentadbiran
- Pusat petempatan
- Pusat perdagangan
- Pusat kegiatan sosial
- Pusat pengumpul hasil pertanian
- Pusat ibadat
- Tempat tinggal pemerintah
- Pelabuhan
[2 markah]
(e) Apakah nilai yang boleh anda contohi daripada kejayaan masyarakat di lembah Indus membina bandar terancang ?
- Menguasai ilmu
- Menguasai kemahiran
- Bersikap terbuka
- Mengambil unsur baik tamadun lain
- Bersungguh-sungguh
- Kreatif dan inovatif
- Mana-mana munasabah
[2 markah]
HANGAT SENGOTI – PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Soalan STRUKTUR
(a) Apakah maksud pendidikan formal ?
- Diperolehi secara lansung
- Diajar oleh guru
- Diperolehi di institusi pendidikan
[2 markah]
(b) Nyatakan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional.
- Belajar tentang agama Islam
- Diajar oleh ulama
- Mendapat pendidikan di istana, masjid, pondok, madrasah dan rumah tok guru
- Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
- Dibuka kepada lelaki dan perempuan
- Menuntut ilmu adalah satu kewajipan
[2 markah]
(c) Namakan dua buah pondok yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
- Pondok Kutan
- Pondok Pulai Chondong
- Pondok Pulau Manis
- Pondok Langga
- Pondok Titi Gajah
[2 markah]
(d) Nyatakan ciri sistem pondok.
· Menekankan ilmu agama
· Bertujuan melahirkan guru agama
· Bertujuan menyediakan individu yang boleh berkhidmat kepada masyarakat
· Tiada batasan waktu belajar
- Tiada had umur
- Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem madrasah lebih tersusun berbanding sistem pondok ?
- Menggunakan sukatan pelajaran
- Dijalankan secara kelas
- Dilaksanakan mengikut tahap (permulaan, pertengahan dan pengkhususan)
- Diawasi oleh mudir (guru besar)
- Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.
[2 markah]
HANGAT SENGOTI – KERAJAAN BANI UMAIYAH
Soalan ESEI
(a) Terangkan pembaharuan yang diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran.
WAKTU HIJABAH
- Wa Memperkenalkan sistem wazarah
(Wazir & Gabenor)
- K Memperkenalkan sistem khalifah
(secara warisan)
- T Memperkemaskan sistem tentera
(Diwanul Jundi, tentera laut & tentera darat)
- U Memperkenalkan sistem urusetia
(lantik pegawai)
- Hi Memperkenalkan sistem hijabah
(kawal keselamatan khalifah)
- Ja Menubuhkan jabatan
(Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Cop Mohor Pemerintah)
- Ba Menubuhkan bahagian
(Bahagian Surat Menyurat, Bahagian Cukai, Bahagian Tentera, Bahagian Polis, Bahagian Kehakiman)
- H Memperkemaskan kehakiman
(Menggunakan ijtihad berpandukan al-Quran, sunnah dan ijmak, hakim mesti adil, hakim mesti bebas)
[8 markah]
(b) Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi dan sosial.
Ekonomi
- Menubuhkan Baitulmal.
- Mewujudkan sistem kewangan Islam
– kharaj, jizyah, zakat, usyur , ghanimah
- Menguasai perdagangan antarabangsa
- Cordova menjadi pelabuhan entreport
- Berkembangnya perusahaan tembikar, perhiasan, kulit dan membuat senjata.
- Kemajuan dalam sektor pertanian.
- Membina sistem saliran
- Menjalankan penyelidikan benih
Sosial
- Menubuhkan hospital
- Menubuhkan hospital kusta
- Meningkatkan seni bina Islam
- Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi
- Memperkenal baris dlm tulisan al-Quran
- Berkembangnya cabang ilmu Islam
- Berkembangnya ilmu kimia & astronomi
- Lahirnya ilmuan Islam
- Menubuhkan pusat pengajian tinggi
- Membina perpustakaan
- Cordova menjadi pusat keilmuan
- Cordova menjadi pusat penterjemahan
- Menterjemahkan karya Yunani
- Memelihara ilmu Eropah drp lenyap
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin negara memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi ?
- Memajukan negara
- Meningkatkan taraf hidup rakyat
- Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
- Menguasai perdagangan antarabangsa
- Membuka peluang pelaburan
- Meneroka bidang ekonomi baru
- Meningkatkan daya kreativiti masyarakat
- Meningkatkan daya saing rakyat dalam bidang ekonomi
- Mengurangkan penggantungan rakyat kepada kerajaan
- Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
HANGAT SENGOTI – PENGGUNAAN BURUH LUAR
Soalan ESEI
(a) Apakah faktor yang mendorong kemasukan buruh Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 ?
- Kesulitan hidup di negara asal
- Kepesatan sektor pertanian komersil dan perlombongan.
- Banyak peluang pekerjaan
- Keperluan tenaga buruh di TM
- Galakan pihak British
- Tidak ditentang oleh orang Melayu.
- Wujudnya hubungan tradisi antara India dan China dengan Tanah Melayu
- Kestabilan politik di Tanah Melayu
[6 markah]
(b) Terangkan cara kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.
Sistem Tiket Kredit
- Sin Kheh dikumpul oleh Kheh Tau
- Kheh Tau serah kpd nakhoda kapal
- Sin Kheh buat perjanjian dgn nakhoda
- Sin Kheh dibekalkan tiket
- Nakhoda serah buruh kepada pemborong buruh di Tanah Melayu
- Pemborong buruh carikan majikan
Sistem Pengambilan Kakitangan
- Majikan hantar pegawainya ke China
- Pegawai cari buruh
- Tambang dibiayai majikan
- Pegawai iring buruh ke Tanah Melayu
- Buruh buat perjanjian dengan majikan
- Buruh bekerja hingga hutangnya jelas
Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
- Rumah kongsi lantik wakilnya di China
- Wakil rumah kongsi cari buruh
- Wakil rumah kongsi biayai tambang
- Wakil rumah kongsi iring buruh ke TM
- Wakil serah buruh kpd rumah kongsi
- Rumah kongsi carikan kerja
Sistem Bebas
- Datang sendiri
- Menggunakan biaya sendiri
- Bebas memilih kerja
Sistem Kontrak
- Dibawa oleh majikan
- Biaya ditanggung oleh majikan
- Perbelanjaan dikira hutang
- Buruh diikat dengan kontrak
- Terpaksa bekerja dengan majikan
- Dibayar gaji murah
- Bekerja hingga jelas hutang
Sistem Kangani
- Majikan beri lesen kpd kangani
- Kangani pulang ke India cari buruh
- Perbelanjaan ditanggung oleh kangani
- Kangani iring buruh ke Tanah Melayu
- Buruh diserah kepada majikan
- Kangani dibayar komisyen
[10 markah]
(c) Kemukakan cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara kita ?
- Adakan kawalan di sempadan
- Bayaran levi yang tinggi
- Tidak mengeluarkan permit kerja
- Denda jika majikan guna buruh asing tanpa permit
- Hantar pulang buruh asing
- Guna khidmat buruh tempatan
- Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
HANGAT SENGOTI – MALAYAN UNION
Soalan ESEI
(a) Terangkan sebab orang Melayu menentang gagasan Malayan Union.
· Harold MacMichael mengugut raja
· Raja dipaksa menerima Malayan Union
· Raja tidak berpeluang berunding
· Masa tidak sesuai adakan perubahan
· Kuasa raja Melayu terhakis
· Tanah Melayu menjadi tanah jajahan
· Menentang kerakyatan jus soli
· Status quo orang Melayu akan hilang
· Orang Melayu akan mundur
[8 markah]
(b) Jelaskan tindakan yang dilakukan oleh orang Melayu membantah Malayan Union.
· Menulis bantahan dalam akhbar
· Adakan demonstrasi secara aman
· Berkumpul bersama raja di Kuala Kangsar menyatakan bantahan
· Menghidupkan semula pertubuhan Melayu
· Menubuhkan UMO (United Malays Organization)
· Mengadakan Kongres Melayu Pertama
· Menubuhkan UMNO
· Mengadakan Kongres Kedua
· Mengadakan rapat umum
· Minta sokongan pegawai British
[6 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu berjaya membatalkan gagasan Malayan Union ?
- Perpaduan orang Melayu
- Pemimpin berwibawa
- Bangkit bersama di seluruh negara
- Ketegasan orang Melayu
- Sokongan raja Melayu
- Sokongan bekas pegawai British
- Kaedah secara rundingan
- Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]
HANGAT SENGOTI – LAMBANG NEGARA
Soalan ESEI
(a) Jelaskan sejarah penciptaan lagu Negaraku.
- Dicipta pada tahun 1957
- Dicipta untuk menggantikan lagu “God Save The Queen”
- Dipilih daripada empat buah lagu
- Pemilihan diadakan di Depoh Polis, KL
- Diperdengarkan oleh Pancaragam polis
- Lagu Terang Bulan dipilih
- Diperkenankan oleh Jemaah Raja-Raja
- Lirik lagu Negaraku digubah oleh Encik Saiful Bahri
[6 markah]
(b) Terangkan mesej yang terdapat dalam lirik lagu Negaraku.
- Malaysia adalah negara kita
- Malaysia tempat kelahiran warganya
- Malaysia tempat tinggal rakyatnya
- Rakyat Malaysia hidup bersatu padu
- Rakyat mestilah bersatu padu
- Perpaduan hendaklah diutamakan
- Perpaduan boleh memajukan negara
- Kita hendaklah bersama-sama memajukan negara
- Negara Malaysia sentiasa makmur
- Kemakmuran negara anugerah Tuhan
- Kita hendaklah bersyukur dengan kemakmuran negara
- Kita hendaklah menjunjung kedaulatan Raja Melayu
- Tumpahkan kesetiaan kepada negara
- Mempertahankan kedaulatan negara
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang boleh diambil untuk mencegah gejala menghina lagu Negaraku dalam kalangan masyarakat di negara kita ?
- Memberi nasihat
- Mengadakan sesi kaunseling
- Beri tunjuk sebab
- Tindakan saman
- Denda yang tinggi
- Penjara mandatori
- Menjalankan khidmat sosial
- Amaran dilucutkan kerakyatan
- Buang daerah
[6 markah]
TAJUK PANAS
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011
Tajuk PANAS pun jangan pulak demo abai. Antara tajuk Birokrasi Barat di Asia Tenggara dengan tajuk Nasionalisme di Asia Tenggara, kawe rasa akan naik mana-mana satu – untuk Soalan 3. Antara tajuk Perang Dunia Pertama dengan tajuk Blok Dunia & Perang Dingin, kawe rasa akan naik mana-mana satu – untuk Soalan 9. Tajuk Langkah Pembentukan Malaysia, kawe rasa ada harapan besar.
Jangan bimbang ... Abezek sudah tau ...
PANAS – BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA
Soalan STRUKTUR
(a) Apakah ciri pemerintahan tradisional di IndoChina sebelum penjajahan Perancis di negara tersebut ?
· Mengamalkan pemerintahan beraja
· Raja mengetuai kerajaan
· Raja berkuasa mutlak
· Raja menjadi ketua pentadbiran, ketua agama, ketua hakim dsb.
· Raja dibantu pembesar pusat
· Pembesar tempatan diberi kuasa mentadbir daerah
· Meniru pentadbiran Tanah Besar China
· Pegawai terdiri drp golongan Mandarin
- Pegawai dipilih melalui peperiksaan
[2 markah]
(b) Bagaimanakah pentadbiran Union Indochinoise dilaksanakan semasa penjajahan Perancis di IndoChina ?
· Menubuhkan kerajaan pusat (Union Indochinoise)
· Menggabungkan Vietnam, Laos dan Kemboja di bawah satu pentadbiran
· Melantik Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran pusat
· Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor, Residen Jeneral dan Residen Wilayah.
· Menubuhkan biro (jabatan)
· Melantik orang Perancis mengetuai biro
· Menggunakan undang-undang Perancis
· Undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis.
[2 markah]
(c) Semasa menjajah Filipina, Sepanyol telah memperkenalkan sistem encomienda. Apakah maksud sistem tersebut ?
- Pentadbiran di peringkat tempatan
- Menggabungkan barangay menjadi sebuah encomienda
- Encomienda diketuai oleh encomiendero
[2 markah]
(d) Nyatakan tugas encomiendero.
- Memungut cukai
- Menjaga keamanan encomienda
- Mengkristiankan penduduk
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah sistem encomienda dibenci oleh penduduk tempatan ?
- Penduduk dijadikan buruh paksa
- Penduduk dijadikan tentera kerahan
- Penduduk dikenakan cukai tinggi
- Penduduk dipaksa memeluk Kristian
- Pembesar tempatan dilucutkan kuasa
- Undang-undang Barat dikuatkuasakan
- Hasil dibolot oleh penjajah
[2 markah]
PANAS – NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Soalan STRUKTUR
(a) Berikan dua matlamat perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina.
· Menjadikan Filipina sebagai wilayah Sepanyol
· Mendapatkan hak bangsa Filipina sama dengan bangsa Sepanyol
· Mendesak Sepanyol membuat pembaharuan politik, ekonomi & sosial
[2 markah]
(b) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Andres Bonifacio dalam gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina.
· Menubuhkan parti Katipunan
· Menuntut kemerdekaan
· Menerbitkan akhbar Kalayan
· Menyebarkan fahaman revolusi
· Melancarkan revolusi bersenjata
[2 markah]
(c) Apakah faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme di Thailand ?
· Tidak suka akan pemerintahan raja berkuasa mutlak
· Kerabat diraja membolot kuasa politik
· Sikap raja yang boros.
· Ekonomi Thai dikuasai kapitalis Barat
· Ekonomi Thai dikuasai orang Cina
· Penyebaran kebudayaan Cina
[2 markah]
(d) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Phibul Songram untuk menyekat pengaruh orang Cina di Thailand ?
· Meluluskan undang-undang menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi
· Menamatkan penerbitan akhbar Cina
· Membubarkan sekolah Cina
· Menukarkan nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas)
· Pegawai kerajaan mesti beragama Buddha
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara Asia Tenggara yang lain ?
· Tidak menuntut kemerdekaan
· Mengubah sistem beraja mutlak
· Bukan antipenjajah
· Tidak menggulingkan raja
· Tidak merampas kuasa
· Menyekat penguasaan golongan kapitalis dan Cina dalam ekonomi
· Menyekat penyebaran kebudayaan Cina
· Bertujuan mengekalkan kemerdekaan
[2 markah]
PANAS – LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
Soalan STRUKTUR
(a) Senaraikan tokoh yang menganggotai Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
- Donald Stephens - Pengerusi
- Tunku Abdul Rahman
- Ong Yoke Lin
- Khir Johari
- Lee Kuan Yew
- Tun Datu Mustapha Datu Harun
[2 markah]
(b) Apakah peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) dalam menjayakan pembentukan Malaysia ?
- Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
- Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
- Meninjau pandangan penduduk tentang pembentukan Malaysia
- Menilai pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia
- Mengadakan mesyuarat tentang pembentukan Malaysia
- Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
[2 markah]
(c) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Suruhanjaya Cobbold dalam merealisasikan pembentukan Malaysia.
- Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
- Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
- Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kpd pihak British.
- Menerima memorandum oleh pelbagai pertubuhan.
- Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
- Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia
[2 markah]
(d) Apakah laporan Suruhanjaya Cobbold berhubung pendirian rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia ?
- Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju tanpa syarat
- Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah tidak bersetuju
- Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan syarat
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faedah yang diperolehi Sarawak dan Sabah dengan menyertai persekutuan Malaysia ?
- Mempercepatkan kemerdekaan negeri Sarawak dan Sabah
- Mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara
- Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
- Mewujudkan pasaran yang lebih luas
- Menggalakkan industri pertanian
- Memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu
- Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota
- Memajukan pertanian
- Memindahkan teknologi
- Menambahkan kecekapan dalam pentadbiran negeri
[2 markah]
PANAS – PERANG DUNIA PERTAMA
Soalan ESEI
(a) Terangkan sebab yang mencetuskan Perang Dunia Pertama 1914 – 1918.
- Kemunculan nasionalisme di Eropah
- Negara-negara kecil bersatu membentuk negara bangsa besar
- Persaingan mendapatkan tanah jajahan
- Persaingan merebut peluang ekonomi
- Imperialisme Baru – mendapatkan bahan mentah dan pasaran
- Pakatan negara-negara Eropah. – Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
- Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand oleh pengganas Serbia
- Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia
- Jerman menyerang Perancis menimbulkan kemarahan Britain
- Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman
- Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat
[8 markah]
(b) Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama.
- Tamatnya sistem beraja di Eropah.
- Termeterainya Perjanjian Versailles
- Terbentuknya negara baru.
- Terbentuknya Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.
- Negara berperang menanggung hutang.
- Masalah inflasi dan pengangguran.
- Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
- Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
- Kehilangan nyawa yang banyak.
- Pencetus Perang Dunia Kedua.
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya peperangan ?
- Eratkan hubungan diplomatik
- Jangan bentuk pakatan negara
- Elakkan persaingan ideologi
- Cegah perlumbaan senjata
- Tingkatkan peranan PBB
- Jangan campuri urusan politik negara lain
- Jangan alihkan isu ekonomi negara melalui propoganda peperangan
- Tingkatkan kemajuan ekonomi negara
[4 markah]
PANAS – BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN
Soalan ESEI
(a) Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya blok dunia ?
- Ideologi berbeza.
- Persaingan blok kapitalis dengan blok komunis
- Persaingan Amerika dengan Rusia.
- Ingin membuktikan kekuatan
- Mahu menyebarkan pengaruh di Eropah dan Asia.
- Ingin memajukan kepentingan masing-masing
[6 markah]
(b) Jelaskan perbezaan antara ideologi kapitalis dengan ideologi komunis.
- Pemerintahan negara kapitalis secara demokratik.
- Negara komunis secara diktator.
- Pemilihan kerajaan blok kapitalis melalui pilihan raya.
- Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf di negara blok komunis.
- Blok kapitalis membuka peluang perniagaan kepada persendirian.
- Orang persendirian boleh memiliki perniagaan.
- Di Negara komunis, perniagaan dimiliki dan diurus oleh kerajaan
- Negara blok kapitalis memberi kebebasan individu sepenuhnya.
- Negara blok komunis mengawal kebebasan individu.
[8 markah]
(c) Kewujudan blok dunia mencetuskan perang dingin. Pada pendapat anda, apakah kesan perang dingin terhadap negara membangun ?
- Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union
- Pembentukan blok kapitalis dan blok komunis.
- Penubuhan pakatan NATO, WARSAW dan SEATO.
- Berlakunya perlumbaan senjata.
- Memberi peluang kepada negara baru membina identiti sendiri
- Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa dan serantau
[6 markah]